Selingan

PRODUK AJOI

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.
” Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”
Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Ajoi..”
“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”
“Deodorant Ajoi” , jawab pelajar itu.
” Minyak wangi?”
” Minyak Wangi Ajoi
“Shampoo?”
” Shampoo Ajoi
Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah jenama Ajoi ini jenama tempatan atau luar negarab kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”
Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Ajoi itu rakan sebilik saya”
hohoho

p/s: utk ex-roomate ak dari form 1-3 (SMMS), form 4-5 (SMTKL) dan sampai sekarang. Gurau2 je..xde hal la korg nk pakai ke tak( ops,klw deodorant ngn sabun xle r )huhu..memang ak beli utk korg pun.wakakaka…xdela.btw, ak windu kat korg sume especially amir , run , & jos. Thnx guys, u rocks!!!! Bile nk wat reunion?

source : http://www.darulbayan.com/v2/index.php?option=com_fireboard&Itemid=26&id=2608&catid=54&func=fb_pdf

————————————————————————————-

Pak Pandir Beli TV

Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..

Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?
Penjual : Ada.
Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau……

————————————————————————————–

Cerita Sedih

3 orang kawan, Raja,Raju,Rajo…
tinggal di sebuah flet 60 tingkat..
pada suatu hari,
lif rosak… maka kena la pakai tangga..
Raja mencadangkan mereka bertiga menceritakan kisah yang sedih..
untuk menghilangkan penat..
Raja Start dulu..
“ketika aku didalam kandungan lagi.. bapa ku telah pergi meniggalkan ku..
buat selame lamenye..”
sedar2 mereke dah berade di tingkat 30..
Raju lak sambung..
“mak aku mati ketika melahir kan aku.. aku berase bersalah..”
mereke skrang berada di tingkat 50..
Rajo lak sambung..
“Tu tak bape sedih.. yang paling sedihnye.. cerite aku ni…
sebenarnye……
kunci rumah…
tertinggal kat dalam kerete..”
mereke skrang berade di tingkat 60…
Tanpe berfikir panjang..
Raja dan Raju trus mencampak Rajo ke luar flet..

————————————————————————————-

Ubat Tidur

Pada satu malam Pak Pandir mengejutkan Mak Andeh yang sedang nyenyak tidur.

Pak Pandir   : Yang, bangun yang…bangun la cepat
Mak Andeh  : hish apa nie kejutkan orang tgh2 malam nie…
Pak Pandir   : Ayang lupa makan ubatla…cepatla bangun..kan doktor dah pesan
kena makan sebelum masuk tidur.
Mak Andeh  : Ubat apa ?
Pak Pandir   : Ubat tidur.
Mak Andeh : @#%^#^????

————————————————————————————-

Kopi Panas

Asari melihat rakannya, Asrul .. sedang membuat kopi…kemudian
memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari
bertanya kepada Asrul…
Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Asrul: “Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia..”

————————————————————————————-

Peribahasa Melayu ke Bahasa Inggeris

Peribahasa yang di translate bagi yang kurang fasih berbahasa Inggeris

1) frog under coconut shell

2) monkey in the jungle in will milk, child at home died of starvation

3) let the child die, please do not custom perish

4) throw stone hide hand

5) already fell in befall ladder

6) harpoon two eyes

7) wife will love live will stay, child will honey will hand hand

8) banana fruit twice

9) sparrow equivalent hornbill which flaying with

10) dog barked hill

————————————————————————————-

9 words women used

(1) Fine:This is the word women use to end an argument when they are right and you need to shut up.

(2) Five Minutes:If she is getting dressed, this means a half an hour. Five minutes is only five minutes if you have just been given five more minutes to watch the game before helping around the house.

(3) Nothing:This is the calm before the storm. This means something,and you should be on your toes. Arguments that begin with nothing usually end in fine.

(4) Go Ahead:This is a dare, not permission. Don’t Do It!

(5) Loud Sigh:This is actually a word, but is a non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you are an idiot and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you about nothing. (Refer back to # 3 for the meaning of nothing.)

(6) That’s Okay:This is one of the most dangerous statements a women can make to a man. That’s okay means she wants to think long and hard before deciding how and when you will pay for your mistake.

(7) Thanks: A woman is thanking you, do not question, or Faint. Just say you’re welcome. (I want to add in a clause here – This is true, unless she says ‘Thanks a lot’ – that is PURE sarcasm and she is not thanking you at all. DO NOT say ‘you’re welcome’ … that will bring on a ‘whatever’).

(8) Whatever:Is a women’s way of saying F**** YOU!

(9) Don’t worry about it, I got it:Another dangerous
statement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times, but is now doing it herself. This will later result in a man asking ‘What’s wrong?’ For the woman’s response refer to # 3. * Send this to the men you know, to warn them about arguments they can avoid if they remember the terminology.

————————————————————————————–

Umur Dinasour

Suatu hari, Pak Mat berkunjung ke muzium negara, ketika itu berlangsung pameran pra sejarah. Antara yang dipamerkan ialah rangka dinosaur. Setelah berpusing-pusing, datanglah seorang penjaga muzium yang bernama Komeng yang sedang bertugas lalu bertanya,

Komeng: ada apa pakcik?
Pakcik: Pakcik nie nak bertanya… agak-agaknye la berapa umur dinasour nie?

Dengan penuh yakin Komeng menjawab

Komeng: Satu juta tahun, empat bulan, lima hari.
Pakcik: Terernya awak… macam mana awak boleh tahu sampai begitu sekali?
Komeng: Waktu saya mula kerje kat sini, umur dinasour ni satu juta tahun, sekarang saya dah empat bulan lima hari kat sini.

———————————————————————————–

Who am I?

Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik.

Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit… “I AM ZORRO… ..”

Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan jobonye jugak… . si Robin Hood kata… “I AM ROBIN HOOD…”

Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu.

Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP… … … … .!!!! PPRRAAPP.

Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata…
“I AM SORRY… .!!”

————————————————————————————–

Pertandingan tahan bau

Suatu hari di negara Eropah diadakan satu pertandinganan iaitu menahan bau di dalam sebuah bilik kecil yang didalamnya dimasukkan 10 ekor kambing.

Peserta pertama dari Amerika..
Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah.

Peserta kedua dari Jepun..
Baru 10 minit dia sudah pengsan.

Peserta ketiga dari Afrika,
Baru 30 minit dia terus keluar dan muntah-muntah.

Terakhir peserta dari Bangladesh…
Baru 1 minit… 10 kambing itu keluar dan muntah-muntah.

————————————————————————————-

Katil

Malek: Doktor, saya ada masalah besar. Setiap kali hendak tidur, saya mesti rasa macam ada orang di bawah katil. Sebaliknya bila saya tidur di bawah katil, saya rasa ada orang di atas. Saya rasa macam nak gila!

Doktor: Jgn bimbang. Bagi saya masa dua tahun, masalah awak akan selesai.Datang jumpa saya tiga kali seminggu.

Malek: Berapa bayarannya utk sekali pertemuan?

Doktor: Tak mahal..hanya RM 100 sahaja.

Enam bulan kemudian, doktor bertemu Malek sedang membeli-belah.

Doktor: Kenapa tak datang jumpa saya?

Malek: Masalah dah selesai. Penjaga kedai seberang jalan tu ubatkan saya.

Doktor: Ya..bagaimana?

Malek: Dia suruh saya potong kaki katil….

———————————————————————————–

“YOU’VE GOT MAIL.”

Seorang lelaki sedang memotong rumput di halaman depan rumahnya, ketika tetangganya, seorang wanita cantik berambut perang keluar dari rumah dan langsung menuju ke kotak surat. Dia membuka kotak surat itu lalu membanting pintunya dan meluru masuk ke rumah.

Beberapa saat kemudian, wanita itu keluar lagi dari rumahnya dan memeriksa semula kotak suratnya. Pintu kotak surat dibanting lagi dan dengan marah dia masuk ke dalam rumah. Ketika lelaki tadi hampir menyelesaikan pekerjaannya memotong rumput, wanita tadi muncul lagi dari dalam rumah. Terus menuju ke kotak surat, membukanya dan segera membanting pintu kotak surat tersebut lebih keras daripada sebelumnya.

Bingung dengan tindakan yang dilakukan wanita itu, lelaki tadi bertanya padanya, “Apakah ada masalah?” Wanita berambut perang itu menjawab, “Tentu saja ada! Komputerku yang bodoh itu terus-menerus mengatakan, “YOU’VE GOT MAIL.”

————————————————————————————–

Permintaan ke-3

Wati pergi ke sungai untuk membasuh pakaian. Sebaik tiba, terlihat olehnya seekor
ikan yang menggelepar di atas batu. Wati menghampirinya. Tiba-tiba ikan itu bersuara,
“Kalau puan menolong aku, puan akan mendapat apa yang dihajati. Tetapi hanya tiga
permintaan sahaja yang dapat dimakbulkan. Tiap kali permintaan dikabulkan, suami puan
akan mendapat 10 kali ganda.

Wati: Baiklah, saya mahu kelihatan cantik.

Ikan: Tetapi suami puan menjadi lelaki paling tampan di dunia ini.

Wati: Tiada masalah. Lalu Wati menjadi wanita yang paling cantik di kampung itu.
Permintaan kedua ialah Wati ingin menjadi kaya.

Ikan: Ingat! suami puan 10 kali lebih kaya.

Wati: Tidak mengapa. Wang miliknya akan menjadi milik aku juga. Maka jadilah
Wati wanita kaya dengan gelang memenuhi tangan.

“Permintaan ketiga?” Tanya ikan.

“Aku nak serangan jantung yang ringan,” jawab Wati.

————————————————————————————–

Mana Washington?

Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidak
pernah bersekolah.
Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington.
Ayah: Itupun kamu boleh tak tahu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya!

————————————————————————————–

Bergaduh

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.
” Kenapa ? ” lelaki itu bertanya.
Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,
” Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! “
Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.
” Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! “

————————————————————————————–

Tiru meniru
Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian.setiap kali ujian,Naim didakwa selalu duduk disebelah Azim.

ayah: saya tak percaya anak saya menru setiap kali ujian!

cikgu: betul encik.kami bukan tuduh begitu sahaja.

ayah: ape buktinya?

cikgu: nah,ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri.

ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim.soalan pertama: Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia? Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.

ayah: memanglah jawapan mereka sama.macam mana cikgu kata anak saya meniru?

cikgu: sabar encik.cuba encik lihat soalan kedua.

ayah Niam melihat soalan kedua: Pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan?sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama:31 ogos 1957. Ayah Niam sekali lagi marah,tetapi ditenteramkan untuk terus membaca

Soalan ketiga: Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka?

Azim menulis:maaf, saya tak tahu

Naim menulis: kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu!!

———————————————————————————————

Timbang
————

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: “47 kg!”

Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: “52 kg!”

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan:

“Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!”

———————————————————————————————

Rahsia Menangkap Ikan.
———————————-

Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut… so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.

Crew TV3 : “Apa rahsia pakcik tangkap ikan?”

Nelayan : “Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi.

Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan.”

CrewTV3 : “Kalau isteri pakcik tidur terlentang?”

Nelayan : “Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu…”

CrewTV3 : “Oooooooooooo…….”

———————————————————————————————

Pisang
———

Ahmad dan Ali menaiki kereta api buat pertama kali dalam sejarah hidup mereka. Kedua-duanya turut membawa sesikat pisang sebagai bekalan semasa dalam perjalanan. Setelah agak lama dalam perjalanan, Ahmad memberikan sebiji pisang pada Ali. Sebaik Ali menggigit pisang di tangannya, kereta api memasuki terowong yang panjang. Ali : Kau dah makan pisang tu? Ahmad : Belum lagi… Ali : Eloklahhh….. Jangan dimakan. Baru saja aku gigit terus mata jadi buta!…

———————————————————————————————

Kemalangan jalanraya
====================

Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tinga lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun

Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu… lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut..

Polis : “Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?”

Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.

Polis : “Oh… kereta terbalik beberapa kali… jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?”

Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..

Polis : “Oh… lelaki itu sedang mabuk masa memandu…. dan bagaimana pulak wanita tua itu? anak-anak juga buat apa?”

Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar.

“Oh… okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?”

Dan… si monyet kemudian menirukan gaya memandu

——————————————————————————————–

Buah Durian
===========

Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian… lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan…

Samdol : “Bang harga durian ini berapa?”

Org Asli : “yang ini.. sepopit sebiji”

Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya..

Samdol : “Bang.. Boleh kurang sikit tak”?

Orang Asli : “Boleh aje, nak kurang berape?

Samdol : “Lahupa.. boleh ya!”

Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol..

Orang Asli : “Lahupa itu berapa?”

Samdol : “Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?”

——————————————————————————————–

Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?
Pengemis : Ya… lebih kurang sudah 8 tahun , nak
Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya
dapat berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga…
Mahasiswa : Ehhhh…..keluarga ada di mana?
Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang… Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni…boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?
Pengemis : tak arrrrrr….semuanya mengemis seperti pakcik….

*Perrggghhhhhhhhh!!! hampehhhhhh*

———————————————————————————————

Sekolah
———–

Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salam masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah. Ibu: Salam? Salam? bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat. Salam: Alah emak? Salam tidak mahu pergi ke sekolah! Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik. Salam berikan emak dua sebab mengapa Salam tidak mahu ke sekolah. Salam: Semua murid-murid tidak suka Salam. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salam! Ibu: Itu bukan alasan bagi Salam untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang! Salam: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salam dua sebab mengapa Salam mesti pergi ke sekolah. Ibu: Eh? eh? bertuah punya anak! Salam dengar baik-baik, pertama Salam sudah berusia lima puluh tahun. Kedua Salam PENGETUA SEKOLAH!!!

———————————————————————————————-

Hari Yang Buruk

Seorang pemandu lori yang baru datang langsung meneguk habis isi gelas itu.

Lelaki yang empunya gelas terus menangis.

“Hei, jangan la nangis!” kata pemandu lori.

“Aku cuma bergurau. Aku belikan kau minuman yang lain!”

“Bukan itu masalahnya. Hari ini merupakan hari terburuk dalam hidupku. Pertama, semasa aku ke pejabat tadi bosku marah besar dan aku dipecat. Ketika mahu pulang, ternyata keretaku dicuri orang. Masa aku naik teksi, ternyata dompet dan kad kreditku tertinggal di dalamnya. Sampai rumah, isteriku tidur dengan tukang kebun. Aku meninggalkan rumah dan datang ke bar ini. Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk mengakhiri hidup aku, tiba-tiba kau pulak muncul meminum racun aku

———————————————————————————————-

Hutang

Seorang anak disuruh oleh ibunya ke kedai untuk berhutang beras.

Anak : “Pakcik.. emak suruh saya hutang beras boleh?.”

Penjual : “Boleh.. mahu berapa kilo?”

Anak : “2 kilo pakcik”

Penjual : “Nah ambik ni.. balik tu jalan elok2 tau..”

Anak : “Eh… pakcik.. wang bakinya mana? buat-buat lupa plak dia…”

———————————————————————————————

Yahudi

Seorang Yahudi, seorang tentera Rusia, seorang nenek dan seorang gadis cantik dalam sebuah kereta dari Kiev menuju Moscow. Pada saat kereta memasuki terowong yang gelap, tiba-tiba terdengar suara ciuman disusul oleh bunyi tamparan. Ketika kereta keluar dari terowong itu, keempat orang tersebut berpandang-pandangan sambil berpikir

Nenek : Pasti salah seorang dari kedua lelaki cuba mencium gadis itu, dan ditamparnya.

Tentera Rusia : Sial, Yahudi itu mencium gadis itu, aku yang ditampar.

Gadis : Salah seorang dari dua lelaki itu pasti cuba menciumku tapi tersalah mencium nenek itu dan ditamparnya.

Yahudi : Hari ini hari yang membahagiakan untukku, kucium tanganku sendiri, lalu kutampar prajurit Rusia itu dan tidak ada yang marah.

———————————————————————————————-

100%

“Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah,” kata Yani kpd mamanya.

“Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100%?” Tanya ibunya.

“Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%.”

———————————————————————————————–

Peguam materialistik
—————————–

Seorang peguam yang sangat berjaya memberhentikan Mercedes Benz siri S terbarunya di depan pejabatnya.. ketika dia membuka pintu keretanya.. sebuah lori melintas terlalu dekat menyebabkan terlanggar dan menerbangkan pintu kereta itu sekaligus menghentam bahagian depan Mercedesnya dg kuat..

Orang ramai segera datang berkerumun dan mereka melihat peguam itu menjerit-jerit dan menangis dengan histeria sambil menunjuk keretanya yang sudah kemek itu.

Beberapa minit setelah dia dapat menguasai emosinya, beberapa orang menggeleng-gelengkan kepala dan memandang hina kepada peguam itu. Seorang dari mereka berkata,

“Saya tidak sangka yang sifat matrelialistik engkau sudah keterlaluan dan mata duitan. engkau hanya pentingkan harta dan tidak pentingkan benda lain”

“kenapa engkau berkata demikian?”, tanya si peguam

lelaki itu menjawab.. “Tidakkah engkau tahu yang lengan kiri engkau terputus diseret lori tadi?”

“Ya Tuhan!!”, jerit si pengecara tadi dengan kuat.. “Di mana jam tangan Rolex saya?!!”

———————————————————————————————

Siapa Ini?
————-

Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.

Lelaki: “Hello… tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!”

Jururawat: “Sila bertenang… ini anaknya yang pertama ke?”

Lelaki: “Apa la punya bangang… ni laki dia la!”

Jururawat: “Erkkk…”

———————————————————————————————-

Dot Pi Dot Mai.
——————–

Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian. “Kenapa ni sayang?” tanya Salman. “I diserang sakit jantung”, jawab isterinya. Salman berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata, “Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar.” Salman mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Roslan(pun bukan nama betul) jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian. Salman menarik Roslan keluar dan berkata, “Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cubamenakutkan anak aku ye?”

———————————————————————————————-

Haram menikahi gadis satu kampung
—————————————————

MUI jakarta mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan rapat dan diskusi diantarapara pemimpin MUI dan dewan pakarnya, memberikan fatwa pada tanggal 3 oktober tahun 2003:

“HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SEKAMPUNG” Fatwa MUI ini telah menimbulkan perdebatan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahwa MUI telah gegabah mengambil keputusan tersebut. Untuk mencari tahu alasan MUI mengeluarkan fatwa tersebut, maka wartawan republika mewancari sekretaris umum MUI Prof. Dr. Din syamsudin

Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Pak syamsudin, bagaimana MUI bisa mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis sekampung?

Prof. Dr. Din Syamsudin: Bagaimana enggak haram, menikahi empat orang gadis aja berat, apalagi satu kampung, kan itu banyak jumlahnya…..


Leave a Reply